Saturday 13 October 2012

Negaraku-Malaysia

                                                        
                    Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan serta Malaysia Timur yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.

                Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, dan bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Negara ini mempunyai 13 negeri dan 3 wilayah persekutuan. Ibu negara Malaysia ialah Kuala Lumpur walaupun pusat pentadbirannya terletak di Putrajaya.

1 comment:

  1. Malaysia, sebuah negara yang aman makmur dan kaya dengan keindahan alam semula jadi yang cantik dan menarik. Pembangunan kian pesat dilaksanakan sama ada di bandar ataupun luar bandar. Masyarakat Malaysia memang unik kerana dapat hidup bersama dengan tenang walaupun mempunyai agama, adat-resam, tradisi yang berlainan. Saya amat bersyukur menjadi anak Malaysia.

    ReplyDelete