Kandungan Blog

Showing posts with label Bangunan Unik. Show all posts
Showing posts with label Bangunan Unik. Show all posts

Sunday, 9 December 2012

Legoland Malaysia

Iniadalah satu taman tema permainan yang baharu iaitu legoland malaysia yang terletak di Johor.

Thursday, 18 October 2012

Pasar Seni

      
               Pasar Budaya atau Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Daya bumi.

          Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.

           Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".

            Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat budaya untuk pamer an dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang "kraftangan" di Malaysia. Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.
Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia, cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.

             Bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.

              Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur. Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter bermula dengan sejarah Kuala Lumpur sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa silam.

Wednesday, 17 October 2012

Menara Berkembar Petronas


                         




Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia ialah sepasang menara berkembar yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Taipei 101. Sungguhpun begitu, kedua-dua menara ini masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia dan juga merupakan bangunan tertinggi pada abad ke-20. Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004 dari segi ukuran dari aras pintu masuk utama hingga atas struktur, iaitu rujukan ketinggian asli yang digunakan oleh pertubuhan antarabangsa Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar sejak tahun 1969 (tiga kategori ketinggian tambahan diperkenalkan ketika menara ini hampir disiapkan pada tahun 1996).[3]

Menara Kuala Lumpur

                     




Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter. Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996. Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.