Pasar Budaya atau
Pasar Seni ialah sebuah tempat menarik di sekitar bandar raya Kuala Lumpur, Malaysia. Lokasinya terletak berhampiran Sungai Klang, iaitu berdekatan dengan bangunan Daya bumi.
Dahulunya dikenali sebagai
Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit, barang-barang yang dijual itu adalah barangan keperluan harian kepada para penduduk dan pelombong bijih timah di Kuala Lumpur pada suatu ketika dahulu.
Kini pasar tersebut sekali lagi berubah wajah apabila pada tahun
1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Berhampiran pasar ini ialah
sebuah stesen LRT, iaitu stesen "Pasar Seni".
Pada hari ini, Pasar Seni dengan binaan hiasan seni merupakan pusat
budaya untuk pamer an dan pembangunan kebudayaan, kesenian, dan bidang
"kraftangan" di Malaysia.
Pasar Seni merupakan kumpulan kedai-kedai yang menumpukan kepada hasil
kerja tangan Malaysia yang menjual pakaian dan barangan traditional
seperti yang diperbuat dengan batik tradisi Malaysia.
Kebanyakan fabrik yang cantik dan citawarna ini adalah batik tulis atau batik terap yang merupakan hasil kerja yang unik dan tidak serupa antara satu dengan yang lain. Selain batik, pelbagai kedai yang menjual pelbagai barangan antik, artifak Asia,
cenderamata, dan kerja tangan. Artis-artis potret dan pertukangan
kecil-kecilan menghasilkan karya mereka di sudut-sudut sambil
diperhatikan dengan penuh minat oleh orang ramai.
Bahagian luar, amfiteater berhampiran tebing sungai merupakan
tempat untuk pertunjukan tradisional, tarian masa kini, dan konsert
muzik. Terdapat pelbagai persembahan, pertunjukan dipamerkan seperti
seperti lukisan batik, tilik nasib, wayang kulit, meniup kaca, kelas tarian, dan pelbagai aktiviti menarik yang lain.
Pasar Seni juga merupakan cawangan Royal Selangor Pewter yang merupakan pengeluar pewter tertua dan terbesar di dunia, ditubuhkan pada tahun 1885, dan kilangnya terletak berhampiran pinggir bandar Kuala Lumpur.
Kilang Selangor Pewter merupakan salah satu tumpuan pelancung dan
menawarkan pelbagai barangan cenderamata. Sejarah Selangor Pewter
bermula dengan sejarah Kuala Lumpur
sebagai pengeluar timah antarabangsa, dan persinggahan ke Selangor
Pewter merupakan lawatan simbolik ke perdagangan Kuala Lumpur masa
silam.